Friday, October 30, 2009

"JaNgaN"

salam n morning =)
erm post title kali nih..."JANGAN"
mst suma t'tny2...pa y jgn?
npa jgn plak?
slalunya disebabkan "JANGAN" inilah,
timbulnya byk persoalan mempertikaikan...npa "JANGAN"?
dan w/pn perkataan "JANGAN" ini sering digunakan...
masih ramai di antara kita yang masih melakukannya...
tetap tegar melakukannya w/pn dh tau akibatnya di kmudian hr...
apakah tiada sebarang kesedaran & keinsafan dalam diri kita?
knp kita masih melakukannya w/pn secara terang n nyata perbuatan itu ditegah,dilarang??
tp, hanya sedikit y dapat disertakan di sini...
klau diikutkan, t'lalu byk "JANGAN" di dunia ini,xcukup blog nih nnt klau nk post kesemuanya...huhu
lgpn y sdikit nih pn, blm tntu kita dpt elakkan diri kita dr melakukannya kn?
semuanya terletak atas diri msg2...
jom kita renungkn...


Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas
kaki (selipar).

Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.

Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.

Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.

Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.

Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa
kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.


Jangan mengumpat sesama rakan
taulan.
Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.


Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.

Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.


Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.


Jangan banyak ketawa.
Nanti mati jiwa.


Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.


Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.


Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.


"ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya."


KALAM HIKMAH :

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" -(Saidina Abu Bakar As-Siddiq )

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara


tp, bagaimana kita skrg?
kebykkn "JANGAN" yang disebutkan di atas,
sering kali kita lakukan...bahkan jdk amalan seharian plak..
y mn dikatakn "JANGAN" itu,lebih terasa nikmatnya, bukan???
sebab itulah,kita sering leka...lalai...nikmatnya hanya sementara di dunia...
sedangkan kita xselamanya di dunia...kita hanya menumpang....
semua y da pada kita hanyalah pinjaman semata-mata...
kelak, semuanya akan disoal...apakah y kita lakukan
dgn pinjaman y telah Allah pinjamkan kpd kita?
adakah digunakan utk kebaikan y b'manfaat
atau adakah digunakan sebaliknya??


selagi nadi masih berdenyut,
harapan masih ada,
masih belum terlambat kiranya
utk kita berubah...

No comments: