Tuesday, October 28, 2008

Air mata subuh...

pg td spt pagi2 y lain, aku menyambut tetamu setiaku.
"Assalamualaikum". seru Subuh.
"Waalaikumussalam". sahutku & kami terus berpelukan mengubat rindu serta kasih syg. ku tanya khabar Subuh mengenai musafirnya dr suatu tempat ke suatu tempat.
"Tadi..."kata Subuh dgn sayu,"aku baru shj melintasi suatu tempat, ku cari tempat singgah. ku ketuk rumah2 y sunyi tetapi tiada satu pun y mahu menerimaku sbg tamu". Air mata Subuh mula berlinang. ku dakap Subuh erat.
"Subuh, usah pedulikan mereka. bukankah aku menyambutnyadgn penuh kegembiraan?" Subuh mengukir senyum walaupun serinya tiada. Subuh mengangkat mukanya seolah2 teringat sesuatu.
"Oh ya...tadi juga, aku lalu di tempat y tanahnya di sebalik sungai,org2nya sptmu. Mereka menjamuku dgn pelbagai hidangan y lazat. hidangan y plg ku sukai ialah buah tahajjud.
Puas ku cari, tp nikmat buah spt itu jarang ku temui. justeru aku meratahnya dgn puas & leka". Subuh merenungku bagai meminta sesuatu.
"Maaf Subuh. Aku tidak menanam pohon Al-Lail, jadi aku tdk dpt menjamumu dgn buah y kau sukai. Tapi aku punyai roti Siyyam". Maklumku pd Subuh.
"Roti itu sudah ada tuan punya", kata Subuh.
"Kau mahu manisan zikir?",rayuku pd Subuh.
"Baiklah, ambilkan aku sedikit serta bawakan padaku segelas air taubat", pinta Subuh.
Aku agak sugul. Bagaimanakah harus ku maklumkan pd Subuh y air mata tangisan sudah hampir kering akibat kemarau maksiat y berpanjangan? Namun aku tetap menjenguk ke perigi y menyimpan air mata itu. Aku terkejut krn perigi itu telah hampir separuh penuh. Dan hatiku berdetik, adakah ini tandanya kemarau akan berakhir? Tanpa berlengah, ku bawa air itu kpd Subuh, tetamu y ku sanjung dan ku suakan manisan y dipinta. Selesai menjamah, Subuh melirik senyum.
Dakapan kasih mengiringi Subuh. Tanpa ku sedar, air mata taubat menitis membasahi pipi. Hatiku menyeru, datang lagi Subuh, akan ku jamu sahabat sejati dgn buah tahajjud pd ziarahmu nnt...

No comments: